Sabtu, 5 Mei 2012

Puding Jagung

Puding Jagung... lama dah x buat.  Kebetulan anak free... kerja sekolah dah habis.  Dia pulak yang nak tolong.. so apa lagi.  Keluar pi beli santan RM2.   Masak untuk tengahari gitu2 ja.  Ikan goreng kunyit hidup, ayam masak halia, sup sayur, sambal belacan n timun.  Sambil2 masak tu.. siapkan campuran untuk puding jagung.
Masukkan santan, susu cair 1tin, jagung 1tin, air 1tin, tepung kastad 7camb, gula pasir 9camb kedalam periuk. Kacau2 sikit. biarkan. Lepas makan tengahari,,...anak pun mula la operasinya... masak puding dengan api yang perlahan kacau hingga agak pekat sedikit. Tuangkan ke dalam bekas. Biarkan sejuk.
Selamat mencuba...

Khamis, 3 Mei 2012

Ayam Panggang

Selalu je makan ayam penggang yang dibeli di tepi jalan. Sesekali terasa ingin pulak nak panggang ayam sendiri.  Tapi aku tak dak la pemanggang ajaib atau oven gelombang micro... just periuk yang dibeli dari tesco RM50 ja.  Operasinya bermula dari beli ayam 2 ekor yang dipotong 4.  Senang nak bersihkan ayam.  Nak korek ambik kunyit hidup takut... geli... so suruhla cik abang ambik kunyit hidup.  Kunyit serbuk dah habis.  Geng Mak Indon suka sangat pada kunyit hidup sebab tak diawet.  Teringat aku dengan Neneng, kalu masak suka sangat guna bahan yang fresh.  Pengat pisang, kek, tomyam, kerabu kaki ayam, kari melayu tradisional fulamak kalah jika dibandingkan dengan masakan aku.
Apa lagi tumbuk kunyit n garam, garam kunyit tadi diperapkan bersama ayam 5 minit, kemudian letak dalam periuk bertutup dan panaskan api sederhana kecil, alihkan sehingga seperti ayam panggang yang dibeli di kedai.  Mudah saja. Sedappppp.....

Rabu, 2 Mei 2012

Kek Choclate Moist

Teringin rasanya nak makan kek.  Coco Vanhouten ada... apa lagi... dengan minyak masak biji bunga matahari.  Cuma susu pekat manis n choclate bar je yang x ada.  Makan tetap nak makan.  So, aku gantila dengan gula pasir.  Choclate bar tu ganti saja dengan Milo dan tepung kastard.

Buat 3 adunan.  2 adunan simpan dalam jug letak dalam peti sejuk.  Kukus untuk sebiji kek.  Aku cuba buat toping kaedah cuba jaya... kurang sedap la.  Tapi bila letak toping n tabur choclate rice n letak pula choclate kismis sebiji demi sebiji.. yumm!  sedap juga.  Yang menjadi perhatian ialah choclate kismis.  Semua anak2 yang kecik-kecik... nak makan choclate kismis. 
Sedap juga la...

Rasa macam nak jual tepung magic kek choclate moist la..

Selasa, 1 Mei 2012

HAC 2012

Hari Anugerah Cemerlang (HAC) SMK Pulau Nyior 2012 diadakan pada hari Rabu 25 April 2012 bertempat di Dewan Darul Qiyam.  HAC pada tahun ini dirasmikan oleh Tuan Haji Asmee b Haji Tajuddin, AMK., BCK., Ketua Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah Darul Aman.  Majlis ini bermula pada jam 8.30 pagi.

Pentas HAC 2012

Buku Program HAC 2012